WORKSHOP PRACTIC ;

M – 01 CARRY OUT WORKSHOP SAFETY

TAJUK :   KEMALANGAN JIWA

TUJUAN: 

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan punca-punca kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja atau pun di bengkel.

PENERANGAN:

 Pengenalan dan Maksud

Kemalangan akan berlaku dimana sahaja dan tidak memilih mangsa tertentu sahaja. Sebagai seorang pekerja yang akan menghadapi bahaya kemalangan. Dari itu kita harus menitik beratkan tentang keselamatan diri kita dan juga orang lain.

Bahaya yang mungkin berlaku bolehlah dibahagi kepada beberapa faktor seperti :-

  • Disebabkan kecuaian dari segi teknik.
  • Dari segi fizikal.
  • Dari segi biological.
  • Dari segi piskososial dan egornomica.
  • Dari segi bahan kimia.

Seseorang pekerja akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang tidak disedari bila berlakunya sewaktu bekerja. Oleh itu peraturan keselamatan di tempat kerja dan peraturan am di tempat kerja “WAJIB” diketahui dan diikuti oleh seseorang pekerja. Dengan ini sahaja kemalangan dapat dielakkan.

PUNCA KEMALANGAN

Terdapat dua ( 2 ) punca utama kemungkinan berlakunya kemalangan iaitu :-

i)   Kemalangan berpunca dari kecuaian manusia

Sifat cuai ketika bekerja boleh menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Diantara sifat cuai :-

  1. Sifat tidak bertanggungjawab
  2. Menyalahgunakan peralatan untuk tujuan lain seperti untuk bergurau
  3. Tidak mematuhi tanda amaran ditempat kerja seperti dilarang merokok

ii)   Kemalangan berpunca dari keadaan peralatan dan mesin serta suasana kerja

Selain dari sifat cuai manusia, kemalangan boleh berlaku akibat dari keadaan mesin, peralatan dan juga suasana kerja. Diantaranya :-

  1. Logam yang keras dan tajam boleh mencederakan
  2. Serpihan logam yang panas boleh menyebabkan kebakaran atau melecurkan anggota badan
  3. Logam yang terlalu berat dan saiz yang besar.
  4. Bahagian mesin yang bergerak boleh menyebabkan kehilangan pancaindera
  5. Lantai yang licin akibat tumpahan minyak
  6. Bahan kimia yang berasid

Antara perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh pekerja untuk mengelakan dari berlakunya kemalangan adalah seperti,

  1. Mengutamakan kebersihan setiap waktu
  2. Mempunyai   sikap bertanggungjawab terhad
  3. Bertimbang rasa terhadap kebajikan kawan-kawan sekerja
  4. Menghargai dan berpuashati dengan hasil kerja
  5. Tidak gopoh semasa melakukan kerja
  6. Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di bengkel

BAHAYA ELEKTRIK

Kebanyakan dan hampir keseluruhan peralatan di bengkel menggunakan tenaga elekrtrik. Bahaya elektrik boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian yang amat besar pada diri sendiri. Di antara bahya elektrik yang sering berlaku ialah :-

a)     Renjatan elektrik

Puncanya :-

  1. Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah dan sebagainya
  2. Kerosakan alat pelindung arus kebocoran bumi dan tidak disambung ke bumi.
  3. Kesilapan semasa mengubahsuai peralatan. Oleh itu sebarang kerja penyambungan hendaklah dibuat oleh orang yang ditauliahkan.

b)     Kebakaran elektrik

Puncanya :-

  1. Penggunaan kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang digunakan
  2. Penggunaa fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus
  3. Kilat
  4. Pelindung arus tidak dapat memutuskan arus bila berlakunya litar pintas

Langkah  untuk menghindar dari bahaya elektrik

  1. Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan wajarnya.
  2. pastikan semua fius, pemintas, pemintas kilat, pemutus litar dan alat kecemasan pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat
  3. Pastikan semua sambungan wayar elektrik diselaput dengan penebat dengan betul.
  4. Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang lembab atau tangan yang basah.
  5. Jangan sekali-kali mengubah suai alat-alat elektrik tanpa kebenaran dan pemerhatian oleh mereka yang ditauliahkan.

 PERTOLONGAN KECEMASAN

Pertolongan kecemasan perlulah diberi pada mangsa kemalangan secepat mungkin sementara perubatan yang sempurna diberi. Bentuk pertolongan  kecemasan mestilah sesuai dan betul dengan keadaan kemalangan yang dialami oleh mangsa. Jika berlaku kemalangan jangan panik dan perlu bertenang serta beri bantuan apa yang mampu sahaja.

Langkah utama yang perlu sewaktu berlaku kemalangan ialah :-

  1. Matikan suis mesin atau suis utama dengan serta merta
  2. Pindahkan mangsa dari kawasan kemalangan jika difikirkan betul-betul perlu. Mengalih mereka yang cedera pada bahagian leher atau tulang belakang akan membuat keadaan kecederaan bertambah teruk.
  3. Dapatkan pertolongan perubatan dengan segera.

Langkah kecemasan yang boleh dibuat sebelum pertolongan perubatan sampai  ialah ialah :-

i). Menghentikan pendarahan

Caranya :

Menekan terus bahagian luka dengan kain atau lampin yang bersih. Gunakan kain tambahan jika pertama berlumuran darah.Angkat bahagian luka itu ke atas,iaitu melebihi paras jantung

ii) Memulihkan mangsa renjatan elektrik

Diantara tanda orang kena kejutan elektrik ialah :-

  1. Kulit kelihatan pucat dan kebiruan
  2. Denyutan nadi lemah
  3. Kulit terasa sejuk dan berpeluh
  4. Pernafasan pantas, singkat dan tidak tetap
  5. Mangsa mengadu kehausan dan terasa hendak muntah
  6. Mangsa hilang ingatan
  7. Anak mata terbuka luas seperti ke bawah

Bantuan segera hendaklah di beri :-

  1. Hentikan bekalan letrik,jika suiz tidak dapat ditutup alihkan mangsa supaya tidak menyentuh arus yang mengalir.
  2. Gunakan bahan penebat untuk menyentuh mangsa .
  3. Jauhkan dari bahan yang basah dan bahan pengalir dari kawasan terlibat .
  4. Berikan rawatan sekadar yang termampu dan dapatkan rawatan doktor seberapa segera

Teknik memulikan pernafasan

  1. Telentangkan mangsa tersebut dan buka mulutnya dan keluarkan sebarang
  2. makanan atau halangan.
  3. Gerakan kepala si mangsa ke belakang seberapa yang dapat dengan
  1. merenggangkan lehernya supaya dagunya ke atas.
  2. Buka rahang nya ,picit hidung dan sedutlah nafas yang panjang.
  3. Letakkan mulut anda ke atas mulutnya dan hembuskan udara de dalam paru –
  4. paru sehingga dadanya terangat.
  5. Angkat mulut anda dan perhatikan dadanya 10 hingga 12 nafas seminit.

 Untuk memulihkan mangsa kejutan itu ialah :

  1. Baringkan mangsa kemalangan dengan keadaan kakinya lebih tinggi dari  kepala
  2. Selimutkan mangsa secukupnya supaya badan sentiasa panas
  3. Jika mangsa kemalangan tidak sedarkan diri dan tidak teruk, iringkannya supaya sebarang darah atau bendalir boleh keluar dari mulutnya

iii. Merawat kecedaraan mata

Jika terdapat serpihan atau percikan logam yang termasuk ke dalam mata, jangan buat apa-apa dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

iv. Merawat luka melecur

Cuba sejukan bahagian yang melecur dengan membersihkannya dengan air bersih. Kemudian balut dengan kain bersih. Jangan sapu sebarang minyak.

Peti Pertolongan Kecemasan

Setiap bengkel mestilah dilengkapkan dengan peti pertolongan cemas dan peti tersebut haruslah diletak di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila diperlukan.

Senarai ubatan dan alatan serta cara menggunakannya.

 

UBATAN DAN ALATAN

KEGUNAAN DAN RAWATAN

Solvan Untuk merawat luka dan kudis
Gentian biru(blue lotion) Untuk merawat luka dan kudis
Ubat cium (smelling salt) Untuk menyedarkan mangsa yang pengsan
Larutan iodin Untuk merawat luka
Kapas Untuk menyapu luka, menyapu ubat pada luka dan sebagai penutup luka
Dressing strip E plast Untuk menutup luka
Kain pembalut Untuk membalut luka dan anggota terseliuh
Krim antilecur Untuk merawat kulit yang terbakar dan melecur
Pil penahan sakit Untuk meredakan sakit dan pening kepala
Cecair optrex Untuk mencuci mata

 

==============================================================================TAJUK :KESELAMATAN DALAM BENGKELTUJUAN:Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai langkah keselamatan dalam Bengkel supaya dapat membentuk tabiat kerja  yang sempurna serta mengikut etika kerja yang betul.PENERANGAN: Langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan dalam bengkel.

  1. Gunakan pakaian pelindungan yang sesuai semasa bekerja.
  2. Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat.
  3. Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja.
  4. Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan yang ada di dalam tempat kerja.
  5. Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada didalam keadaan yang baik dan lapurkan pada guru anda jika terdapat kerosakan.
  6. Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas menggunakannya.
  7. Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan lapurkan k epada Guru anda.      Jangan mulakan kerja sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.
  8. Semua pelajar mestilah faham tentang langkah – langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan , kebakaran atau kecemasan.
 KESELAMATAN DIRI SENDIRIPakaian BengkelIni merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja seperti :-

  • Gunakan baju lengan panjang yang dibuat dari kain tebal , berbutang dan tidak berpoket , manakala seluar pula hendak lah tidak berlipat
  • Kasut hendalah sekurang – kurang di buat dari getah mengelakan dari tergelincir tetapi lebih baik menggunakan kasut keselamatan.

      

  • Gunakan pakaian khas seperti apron , sarung lengan dan sarung tangan yang dibuat dari kulit mengelakkan badan dari terkena percikan arka.(apabila melakukan kerja-kerja kimpalan)
  • Semua pakaian di atas hendaklah terhindar dari minyak dan gris serta api bagi mengelakan dari reput dan mendatangkan penyakit.
  • Jangan memakai jam , cincin , rantai atau tali leher yang mana mudah    terperangkap pada mesin yang bergerak.
  • Jangan membawa sebarang mancis atau pemetik api dan di simpan di dalam  poket. Ini akan merbahaya jika tersambar oleh percikan api.

 Pelindung pada muka

Kelengkapan ini adalah bertujuan bagi melindungi bahagian muka terutama mata dari terkena cahaya mengimpal dan percikan arka.

Welding shields

Terdapat dua jenis iaitu Hand Shield dan Head Shield. Kegelapan cermin penapis adalah No. 10 – 14

Welding Goggle

Kelengkapan ini adalah bagi melindung mata dari terkena serpihan logam semasa mencanai dan mengetuk terak dari batas kimpal.

Pelbagai jenis pelindung mata

KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PERALATAN KETUKANGAN DAN MESIN.Apabila bekerja dengan menggunakan mesin atau alat – alat tertentu maka berapa perkara penting haruslah dipatuhi seperti :-a)     Tahu aturan pengedalian sesuatu peralatan dan mesin ketika hendak     menggunakannya* Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang akan dilakukan .*Jangan gunakan mesin atau peralatan yang belum tahu akan cara operasinya.b)    Pengendalian sesuatu peralatan

  • Alat yang tajam mestilah dibawa matanya menghala ke bawah .
  • Apabila bekerja di bahagian atas , memanjat dan meniti alat hendaklah digantung  atau diletakkan di dalam bekas yang selamat .
  • Aebelum menggunakan alat kuasa lektrik ( power tool ) pasti ia dalam keadaan memuaskan. Jika terdapat kerosakan jangan cuba untuk diperbaiki tanpa kebenaran. Pastikan bekalan arus ke mesin diputuskan sebelum melakukan sebarang ubah suai pada mesin itu.

KESELAMATAN ELEKTRIK.

Kelengkapan – kelengkapan dibengkel kimpalan beroperasi dengan menggunakan kuasa lektrik. Oleh itu jika sesuatu kelengkapan hendak digunakan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bekalan elektrik (JBE) atau Institution Electrical Engineering (IEE).

  1. Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau penebatnya berada dalam keadaan yang baik.
  1. Punca – punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut peraturan yang telah ditepikan oleh Jabatan Bekalan Lektrik  atau IEE.
  1. Alat – alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.
  1. Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti penguji atau Meter pelbagai
  1. Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik .Gunakan kasut getah yang kering dan tidak berminyak.
  1. Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan  alat –alat elektrik.
  1. Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai- dawai elektrik yang tidak bertebat.
  1. Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat  memutuskan bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan elektrik.
  1. Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya contohnya jika punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 Ampere.
KEKEMASAN TEMPAT BEKERJA ATAU BENGKEL.

  1. Pastikan didalam dan di sekitar tempat kerja dalam dan  yang tersusun rapi
  2. supaya tidak menghalang segala pergerakan.
  3. Pastikan lantai dalam keadaan kering terutama dari tumpahan minyak
  4. atau bahan mudah terbakar supaya mengelakkan terjadinya sebarang kemalangan jiwa..
  5. Peralatan tangan yang sering digunakan hendaklah di simpan ditempat yang dikhaskan dan perlulah dijaga dengan baik dan kemas.
  6. Kawasan kerja mestilah mempunyai susunatur yang betul dan ada ruang pergerakan yang mudah apabila berlaku  sebarang kecemasan atau kemalangan di dalam bengkal atau tempat kerja.

====================================================================================

TAJUK :

                 PUNCA KEBAKARAN.

TUJUAN:

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai  punca – punca kebakaran yang biasa berlaku di tempat kerja.

PENERANGAN:

   Pengenalan dan Maksud        

  1. Kebakaran terjadi akibat daripada rangkaian tindakbalas kimia iaitu tindakbalas  pengoksidan yang menglibatkan bahan api oksigen dan haba.
  2. Bahan api yang telah terpadam hingga mencapai ke suhu nyalaan akan mengeluarkan wap atau gas yang mudah terbakar sehingga berterusan.
  3. Wap ini akan bercampur dengan oksigen pada kadar yang tertentu dan terbakar dengan sendiri.
  4. Kebakaran ini akan menyebabkan terjadinya Tenaga , Haba , Cahaya dan Asap.

  Faktor – faktor yang menyebabkan api menjadi kuat atau besar :-

1.Permukaan bahan

Lebih luas sesuatu permukaan bahan, lebih banyak oksigen yang bersentuhan dengan bahan tersebut dan kebakaran menjadi lebih besar.

2.Kadar haba

Jumlah haba yang dapat dikeluarkan oleh sesuatu kebakaran dan kadar kepantasan pemindahan haba oleh bahan itu sendiri kayu, kapas , minyak atau gas.

3.Tiupan angin

Angin akan membekalkan lebih banyak oksigen dan mempercepatkan lagi proses rangkaian tindakbalas kimia dan memarakkan lagi kebakaran.

Suhu Atmosfera dan Kelembapan udara.

Jika suhu udara di sekeliling agak tinggi dan udaranya kering seperti dimusim kemarau  ini akan membantu mempercepatkan kemerebakan api dan pergerakan angin dengan cepat.

Cara – cara Api Merebak

Api merebak adalah disebabkan oleh pemindahan haba yang berlaku melalui empat cara iaitu -

i. Olakan Haba ( Convention )

Ia berpunca dari bahan seperti cecair atau gas dimana apabila panas ia akan mengembang dan menjadi ringan lalu bergerak ke atas. Dalam kejadian kebakaran di dalam bangunan olahan haba boleh memindahkan gas–gas yang panas ke tingkat atas melalui ruangan tangga atau Lift dan membakar bahan–bahan di bahagian atas. manakala udara sejuk pula akan terus masuk membawa oksigen bagi menggantikan tempat udara panas dan mempercepatkan lagi kebakaran tersebut.

           ii.   Bahangan (Reduction)

Kebakaran Ini Berpindah Mengikut Bahang Kepanasan Dari Cahaya Kebakaran . Bahangan Dari Cahaya Kebakaran Akan Di Serap Oleh Bakar Yang Agak Jauh Dan Mengeringkan Di Samping Memanaskan Bahan Tersebut. Apabila Mencapai Takat Sambaran Bahan Tersebut Dengan Sendirinya Akan Terbakar. Kebakaran Cara Ini Biasanya Terjadi Pada Rumah Setinggan.

           III.   Pengaliran  ( Conduction )

Bahan – Bahan Binaan Seperti Tembaga , Aluminium Dan Besi Adalah Pengalir Haba Yang Baik Di Mana Jika Terbakar Akan Memindahkan Kepanasan Ke Sepanjang Batang Logam Tersebut . Jika Logam Tersebut Tersentuh Dengan Bahan Bakar , Ia Terus Memanas Dan Terbakar Dengan Spontan.

          IV.   Kebakaran Terus Menerus ( Direct Burning )

Ia Merupakan Bahan Yang Terbakar Apabila Tersentuh Terus Kepada Api Yang Terdedah. Api Tersebut Kemudian Akan Merebak Perlahan –Lahan Hingga Keseluruhan Bahan Tersebut Hingga Habis Seperti Contohnya  Kertas , Kain , Getah Dan Kayu.

Prinsip Asas Memadam Api Kebakaran.

Prinsip Memadam Api Yang Sebenarnya Ialah Memindah , Bahan Bakar Dan Oksigen. Ia Boleh Dilakukan Melalui Beberapa Seperti :-

    I.  Melapangkan ( Starvation )

Ia Merupakan Proses Mengurangkan Atau Mengasingkan Bahan Dari Tempat Kebakaran Seperti:-

a. Memindahkan Bahan-Bahan Yang Belum Terbakar Ke Tempat Yang Selamat Seperti Tabung Gas, Minyak Atau      Kain – Kain .

b. Memindahkan Bahan Yang Terbakar Ke Tempat Yang Lebih Jauh Dari Bahan – Bahan Yang Belum Terbakar.

c. Memecah Dan Menghancurkan Bahan Kepada Bahan Yang Lebih Kecil Supaya Mudah Dipadamkan.

   II.  Melemaskan (Smotherinng)

Iaitu Proses Menghalang Dan Mengurangkan Kadar Kemasukan Gas Oksigen Ke Dalam Kebakaran. Jika Ini Dapat Dilakukan Kebakaran Akan Padam Dengan Sendirinya. Kaedah Ini Dapat Dibuat Dengan Menggunakan Alat Pemadam Api Jenis Foam, Pasir, Debu Kering, Gas Atau Menggunakan Kain Basah.

   III.  Menyejukkan (Cooling)

Bahan Yang Mula Mengeluarkan Wap Atau Gas Terbakar Apabila Mencapai Takat Sambaran , Oleh Itu Proses Penyejukan Ini Adalah Untuk Mempercepatkan Penurunan Suhu Kebakaran Supaya Lebih Rendah Dari Takat Sambaran.

Ini Akan Menyebabkan Proses Pemeluwapan Dapat Diberhentikan Dan Kebakaran Terpadam. Kaedah Ini Dapat Dilakukan Melalui Semburan Atau Menggunakan Gas Karbon Dioksida Atau Contoh Yang Mudahnya Mengeluarkan Tabung Gas Yang Terbakar Dan Menyimbah Air.

Jenis-Jenis Api Kebakaran 

Jenis-Jenis  Api Kebakaran Adalah Bergantung Kepada Jenis Bahan Yang Menyebabkan Kebakaran Tersebut Berlaku Sama Ada Bentuk Pepejal, Cecair, Atau Gas. Ia Juga Bergantung Kepada Alat Pemadam Api Yang Sesuai Digunakan.Antaranya;

             Api Jenis A

Kebakaran Yang Melibatkan Bahan Pepejal Yang Mana Akan Mengeluarkan Wap/Gas Pada Takat Sambaran Seperti Kayu, Kertas, Kain, Sampah Sarap Dan Sebagainya.

          Api Jenis B

Kebakaran Yang Melibatkan Bahan- Bahan Cecair Hidrokarbon Seperti Minyak Petrol,Gasoline ,    Kerosin,Aptha, Fither,Disel Minyak Pelincir Dan Minyak Masak. Ia Juga Termasuk Bahan Penyuling Petroleum Seperti Cat,Varnish Dan Turpentine,Turut Juga Terlibat Ialah Bahan Pepejal Yang Bertukar Menjadi Cair Seperti Getah ,Plastik Dan Nylon.

Api Jenis C

Kebakaran Yang Melibatkan Semua Jenis Gas Pembakar Di Mana Bila Bercampur Dengan Oksigen Hanya Memerlukan Percikan Api Saja Untuk Menyala Dan Berlaku Sangat Pantas Serta Boleh Mengakibatkan Letupan. Ia Termasuk Gas Methane,Propane,Butane Haidrojan,Ammonia,Acetylene Dan Karbon Dioksida.

Kelas Ini Juga Melibatkan Kebakaran Yang Disebabkan Kebocoran Arus Elektrik Atau Litar Pintas Di Mana Menghasilkan Percikan Bunga Api Dan Membakar Bahan Yang Ada.

Api Jenis D

Kebakaran Yang Melibatkan Bahan – Bahan Kimia Seperti Logam Yang Mudah Terbakar , Potassium,Sodium Calcium Dan Magnesium.Logam Potassium Dan Sodium Akan Terbakar Dengan Sepontan Apabila Terdedah Pada Udara Dengan Pantas Hingga Mengeluarkan Bunyi Letupan. Logam Kalsium Dan Magnesium Memerlukan Sedikit Haba Untuk Memulakan Kebakaran. Apabila   Terbakar Ia Berlaku Dengan Pantas Dan Mengeluarkan Haba Yang Panas

JENIS – JENIS ALAT PEMADAM API DAN CARA MENGGUNAKAN

  1. 1.     Pemadam api jenis Air

Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

  1. Jenis Kartus ( Cartridge )
  2. Jenis Tekanan simpan ( store Pressure )

Kedua – dua tabung tersebut berwarna merah, mempunyai berat 10kg dengan jarak semburan sejauh 4 meter .Bahagian dalam tabung di isi dengan air yang bercampur dengan sodium Nitrat bagi mengelakkan pengaratan dan pembekuan.

Tabung jenis kartus ,mempunyai satu lagi tabung kaca khas yang mengandungi tekanan gas mampat karbon dioksida. Apabila tabung kaca tersebut dipecahkan oleh plunger, gas tersebut akan keluar dan menolak air untuk di sembur keluar .Jenis tekanan simpan pula,air akan dimasukkan bersama tekanan udara mampat dan dikawal oleh satu injap bagi menyembur udara keluar.

Cara menggunakannya ialah dengan menghentak bahagian atas plunger dan menghalakan nozzel ke arah kebakaran hingga air habis . Jenis ini amat sesuai untuk api kelas A sahaja.

 

2. Pemadam Api Jenis Buih (Foam)

Silindernya berwarna kuning krim, dengan muatan berat 10kg. Jarak semburan antara 4-5 meter. Mengandungi dua bahagian di mana tabur luar diisi dengan campuran 8% Sodium Bikar-bonate dan Stabalizer. Stabalizer terdiri dari Saponis (serbuk tulang) atau Turkey Oil dan darah (3%)

Manakala tabung dalam pula mengandungi 13% Alluminium sulfik . Cara menggunakan ialah dengan menarik Plunger, lalu terbalikkan tabung dan menghala ke arah kebakaran hingga habis.

Apabila aluminium sulfik dan larutan sodium karbonate bercampur akan berlakunya tindakan kimia dan mengujudkan semburan buih.  Api kebakaran akan dipadamkan secara menyelimut. Ia amat sesuai untuk api

Kelas B.

Cara menggunakannya

  1. Goncangkan
  2. Tarik tuil dan pusingkan ke kanan
  3. Terbalikkan tabung
  4. Halakan muncung ke pangkal api
  5. Hampiri kebakaran

Kelas B Jenis buih untuk kebakaran cecair petrol, minyak, cat dan varnis.

       3.  Pemadam Api Jenis Carbon Dioxide (Co2)

Tabungnya berwarna hitam dengan berbagai-bagai saiz. Gas Carbon dioxide dimampatkan pada suhu 744 psi. Mempunyai salur getah dan serombong supaya semburan dapat dihalakan dengan tepat ke arah kebakaran. Cara menggunakan ialah menanggalkan pin keselamatan, menekan tuas penekan dan halakan pada api. Jika api telah padam semburan boleh dihentikan dan digunakan pada masa yang lain. Kebakaran dipadamkan secara menyelimuti dan menyejukkan. Amat sesuai untuk api kelas B dan C.

Kelas C jenis Karbon Dioksida untuk kebakaran elektrik jentera, papan suis transformer, jentera dan pendingin udara.

4. Pemadam Api Jenis Debu Kering ( Dry Chemical Power )

Jenis ini juga terbahagi kepada Dua jenis iaitu :-

  1. Jenis Kartus ( Cartridge )
  2. Jenis Tekanan simpan ( Store Pressure )

Silindernya berwarna Biru Muda, Terdapat berbagai-bagai saiz. Bagi saiz 10kg ia mempunyai jarak pancutan 4 hingga 6 meter.

Di dalam tabung di masukkan debu kering dan tekanan udara mampat. Debu kering pula adalah terdiri dari 97% sodium Bicarbonate 11/2 % Magnesium Stearate 1% Magnesium Carbanate dan ½% Tricalcium Phosphate. Semasa menggunakannya pastikan kedudukan menyembur berada di atas angin. Cara menggunakannya ialah diatas angin menggunakannya ialah dengan menghala ke arah kebakaran dan menekan plunger. Gas akan terbocor dan memaksa debu kering melalui nozzle.

Alat ini memadam api secara menyelimut dan melemaskan dapat memadamkan semua jenis kelas api Untuk api kelas D ia menggunakan debu kering jenis Tenery Eutectic Chloride ( T. E.C. ).

Kelas C jenis Karbon Dioksida untuk kebakaran elektrik jentera, papan suis transformer, jentera dan pendingin udara.

4. Pemadam Api Jenis Debu Kering ( Dry Chemical Power )

Jenis ini juga terbahagi kepada Dua jenis iaitu :-

  1. Jenis Kartus ( Cartridge )
  2. Jenis Tekanan simpan ( Store Pressure )

Silindernya berwarna Biru Muda, Terdapat berbagai-bagai saiz. Bagi saiz 10kg ia mempunyai jarak pancutan 4 hingga 6 meter.

Di dalam tabung di masukkan debu kering dan tekanan udara mampat. Debu kering pula adalah terdiri dari 97% sodium Bicarbonate 11/2 % Magnesium Stearate 1% Magnesium Carbanate dan ½% Tricalcium Phosphate. Semasa menggunakannya pastikan kedudukan menyembur berada di atas angin. Cara menggunakannya ialah diatas angin menggunakannya ialah dengan menghala ke arah kebakaran dan menekan plunger. Gas akan terbocor dan memaksa debu kering melalui nozzle.

Alat ini memadam api secara menyelimut dan melemaskan dapat memadamkan semua jenis kelas api .Untuk api kelas D ia menggunakan debu kering jenis Tenery Eutectic Chloride ( T. E.C. ).

KESAN – KESAN KEBAKARAN

Ini merupakan sesuatu perkara yang dialami oleh mangsa kebakaran atau saudara mangsa akibat kebakaran. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa perkara seperti :-

  1. 1.     Kesan kepada individu

a) Nyawa

Boleh mengorbankan berpuluh-puluh nyawa manusia yang sangat menyeksa dari semua peringkat, sama ada dari anggota keluarga atau sanak saudara atau pun orang terpenting tempat bergantung hidup.

b) Anggota Tubuh

Mendatangkan kesakitan yang perit serta menyeksa dalam masa yang lama. Anggota yang terbakar biasanya meninggalkan parut yang buruk atau terus cacat.

c) Mental

Ini melibatkan perasaan jiwa seperti akibat kehilangan orang yang disayangi, kesakitan yang dialami, dan kecacatan yang didapati. Semua perkara ini boleh meninggalkan kesan gangguan fikiran kepada mereka yang terlibat.

Si mangsa akan terus terpencil atau dipencil oleh masyarakat dan sesetengah dari mereka akan terus menjadi gila.

  1. 2.     Kesan-kesan ke atas Harta benda
  1. Kemusnahan tempat tinggal, pakaian, kenderaan, kelengkapan rumah, barang-barang kemas, buku-buku, surat atau dokumen penting seperti sijil-sijil, geran-geran tanah, surat-surat jual-beli dan lain-lain lagi.

Kehilangan benda-benda ini amat sukar untuk mendapatkan kembali. Sesetengah benda tersebut memerlukan jumlah wang yang besar atau akan meninggalkan hutang yang belum berbayar.

  1.  berkemurahan binatang pemeliharaan, pukat dan sampan, sawah ladang terutama yang sedang mengeluarkan hasil,kedai runcit dan kilang tempat bekerja. Semua perkara – perkara ini adalah merupakan mata pencarian bagi menyara kehidupan keluarga.

3. Kesan Kepada Masyarakat

  1. Mangsa kebakaran terpaksa menumpang hidup kepada kawan – kawan atau saudara mara. Ini akan membebankan mereka yang tak terlibat terutama jika mereka juga turut susah.
  1. Kehilangan mata pencarian memungkinkan si mangsa terpaksa berhutang yang mana menambahkan lagi kesusahan yang telah ada serta dihina oleh segulungan kumpulan dalam masyarakat yang boleh menyebabkan pergaduhan.
  1. Akibat pengangguran yang lama boleh mengujudkan berbagai kegiatan jenayah seperti kecurian, penipuan, rompakan dan kegiatan pengedaran dadah bagi mendapatkan pendapatan yang  lumayan.

Semua perkara di atas akan menambah beban kerajaan dan menjadikan masyarakat di dalam kucar kacir dan kehidupan tidak selamat. Ini akan memakan masa dan belanja untuk memulihkannya kembali.

===================================================================================

TAJUK   :  LAPURAN PUNCA KEMALANGAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan punca-punca kemalangan       yang  biasa berlaku di tempat kerja.

           

PENERANGAN :

Kemalangan akan berlaku di mana sahaja dan tidak memilih mangsa tertentu sahaja. Sebagai seorang pekerja akan menghadapi bahaya kemalangan. Dari itu kita harus menitikberatkan tentang keselamatan diri kita dan juga orang lain. Untuk tujuan tersebut kita perlu berhati-hati, bahya yang mungkin berlaku boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.

1)     Disebabkan kecuaian dari segi teknik.

2)     Dari segi fizikal.

3)     Dari segi biological.

4)     Dari segi psikososial.

5)     Dari segi bahan kimia.

 Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Keselamatan

Tugas-tugas seseorang ahli jawatankuasa keselamatan biasanya berbeza diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Ia bergantung kepada keperluan keselamatan dalam syarikat tersebut. Diantara tugas-tugas ahli jawatankuasa keselamatan ialah ;-

  1. Menyediakan satu sistem pemeriksaan bahagian kilang atau pejabat pada masa-masa tertentu, untuk menentu dan melaporkan keadaan yang tidak selamat.
  2. Buat kajian semula sebab-sebab sesuatu kemalangan berlaku, dan syorkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
  3. Buat perhatian dan laporkan keadaan-keadaan dan kelakuan yang tidak selamat kepada pihak atasan.
  4. Ambil berat cadangan-cadangan yang dibuat oleh pekerja berkaitan dengan keselamatan dan laporkan pada jawatankuasa atau pihak atasan.
  5. Hadir di mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa untuk membincangkan program dan rancangan keselamatan syarikat supaya dapat disyorkan kepada Pengurus.
  6. Terus mempelajari perkara-perkara keselamatan menerusi ceramah, pertunjukkan-pertunjukkan dan lain-lain aktiviti yang memberi pengalaman mengenai keselamatan.

Pemeriksaan Keselamatan

Kebanyakkan pemeriksaan khas dibuat oleh pakar bertauliah untuk alat-alat seperti dandang pengandung tekanan, mesin-mesin pengangkat , lif-lif, jentera-jentera lektrik dan alat-alat mencegah kebakaran, Ahli jawatankuasa keselamatan hanyalah membuat pemeriksaan-pemeriksaan tambahan di kawasan –kawasan yang tidak diperiksa oleh lain-lain kuasa.

Pemeriksaan keselamatan yang kerap diperlukan kerana keadaan-keadaan kerja bertukar dari masa ke semasa. Jika sesuatu jawatankuasa itu besar hendaklah dibahagikan kepada unit-unit yang kecil. Sebaik-baiknya tidak lebih tiga ahli. Eloklah disediakan senarai kerja pemeriksaan supaya dapat dicatitkan semua perkara-perkara yang hendak diperiksa.

Keadaan-keadaan Dan Kelakuan-kelakukan  Yang  Tidak Selamat

Pasukan pemeriksaan hendaklah memerhati dan melaporkan kelakukan dan keadaan yang tidak selamat. Contoh-contohnya adalah seperti berikut :

  1. Keadaan tempat bekerja yang sempit, tidak teratur dan kotor.
  2. Jentera-jentera yang tidak diadang dan diletakkan ditempat yang sesuai.
  3. Mengangkat atau memindahkan bahan-bahan dengan cara yang tidak selamat.
  4. Alat-alat yang digunakan didalam keadaan yang lama dan buruk.
  5. Pekerja terdedah kepada benda-benda yang melanting.
  6. Kawasan tempat bekerja mendapat cahaya yang tidak cukup atau terlalu menyinar
  7. Kepanasan atau kesejukan yang keterlaluan
  8. Tempat bekerja terdapat kebocoran gas atau udara yang tidak baik

Keadaan tempat bekerja dan kelakuan seperti di atas adalah tidak selamat dan  boleh menyebabkan kemalangan kecederaan.

Laporan Pemeriksaan

Laporan pemeriksaan hendaklah ditulis ahli jawatankuasa dan perlu disemak oleh lain-lain jawatankuasa kumpulan pemeriksaan. Laporan dibuat beberapa salinan satu salinan dihantar kepada jawatankuasa keselamatan untuk ulasan dan simpanan.  Satu salinan disimpan oleh jawatakuasa dan satu salinan dihantar kepada penyelia bahagiaan tempat kerja yang dilaporkan. Salinan untuk penyelia mengandungi cadangan-cadangan untuk diambil tindakan. Salinan juga diberi kepada mereka yang bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan yang dilaporkan. Laporan yang dibuat hendaklah cukup lengkap dan boleh difahami oleh orang yang membacanya. Tempat-tempat yang diperiksa hendaklah dinama atau dinombor dengan tepat. Butir-buti operasi hendaklah diistilah dengan betul dan sesuatu keadaan atau kerja yang tidak selamat hendaklah diterangkan dengan teliti.

Penyelidikan Sesuatu Kemalangan

Maksud menyelidikan sesuatu kemalangan ialah mencari jalan bagaiman kemalangan serupa itu boleh dicegah pada masa-masa hadapan, bukannya bermaksud untuk menyalahkan sesiapa pun. Perkara ini hendaklah diterangkan kepada semua mereka yang berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikehendaki berkaitan dengan sesuatu kemalangan termasuklah :

  1. Apakah yang telah dibuat oleh pekerja?
  2. Bagaimanakah ia telah tercedera?
  3. Apakah yang dibuat dengan tidak selamat?
  4. Apakah sebab-sebab yang diberi oleh pekerja yang ia bekerja dengan tidak selamat?
  5. Apakah keadaan-keadaan yang tidak selamat berada dan apakah cara-cara yang tidak betul berkaitan operasi?
  6. Adakah pekerja itu menggunakan alat-alat keselamatan yang perlu untuk kerja-kerja tersebut?
  7. Apakah langkah-langkah yang telah diperbuat atau yang sepatutnya dibuat untuk mencegah kejadian kemalangan serupa itu ?

Untuk mengumpulkan maklumat, ahli jawatankuasa hendaklah pergi ke tempat kejadian dan bertanyakan pekerja yang cedera atau lain-lain orang mengetahui dengan penuh kejadian tersebut. Kemudian mereka hendaklah membuat laporan mereka sendiri dengan membuat cadangan-cadanagn tanpa membuat dakwaan atau tuduhan kepada sesiapa pun.

 ==================================================================================

 

TAJUK :   JENIS-JENIS PROCESS PEMOTONGAN(TYPE OF CUTTING PROCESSES).

TUJUAN :

KERTAS  PENERANGAN INI BERTUJUAN UNTUK MENERANGKAN KEPADA PELATIH MENGENAI KELENGKAPAN INI DAN KAEDAH PENGUNAAN YANG BETUL DAN SELAMAT.                                                                                                       

PENERANGAN:

Dalam pemotongan logam, terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan adalah seperti dibawah ;

  • Kaedah Gergaji(Saw).

Kaedah ini akan membuang sedikit kuantiti bahan pada garisan yang dipotong.

  • Kaedah Ricihan(Shearing/ Guillotine).

Kaedah ini mericihkan/gelincir permukaan bahan pada garisan yang dipotong.

  • Kaedah Kacip(Snapping).

Kaedah ini menekan permukaan atas dan bawah  bahan serentak pada garisan yang dipotong.

Jenis-jenis Peralatan dan Alat Pemotong(Type of cutting tools and equipment)

1. Peralatan Gergaji Tangan ( Hand Saw ) Dan Gergaji Kuasa ( Power Saw )

Gergaji  tangan dan gergaji kuasa digunakan untuk memotong logam kepada saiz tertentu dan juga memotong bahagian- bahagian logam yang nipis, yang merupakan lebihan daripada bahagian yang ditanda. Kelebihan memotong dengan cara ini ialah tidak banyak bahan yang terbuang dan permukaan yang dipotong boleh disiapkan dengan mudah. Gergaji tangan untuk pemotongan yang mudah manakala gergaji kuasa untuk pemotongan yang besar dan berat

 

Kaedah ini lebih senang difahami dengan melihat cara yang sama pada peralatan yang lebih kecil dan selalu digunakan seperti gunting.

Kegunaan dan kebaikan.

  •        Boleh memotong plate besar dan lebar dengan cepat(1 shot).

Keburukan.

  •       Terhad kepada ketebalan dan kekerasan  bendakerja.
  •       Tidak boleh pada paip kerana megemekan dan menjejaskan diameternya.

 Peralatan pemotongan Kacip (Snapping).Peralatan ini akan menekan permukaan bahan sehingga diameter rod atau ketebalan plate menjadi nipis dan seminima yang mungkin. Kedua-dua belah permukaan yang telah dipotong menjadi runcing.

Mata alatan pemotong menekan benda kerja dan rajah sebelah kanan menunjukkan ketebalan benda kerja yang terputus atau hampir putus.

Ciri-ciri dan langkah-langkah keselamatan yang berkaitan semasa mengendalikan mesin dan peralatan pemotongan.

(Safety precaution related to handling and operating of cutting tools and equipment)

  1. Gunakan peralatan keselamatan dan pakaian pelindungan yang sesuai semasa bekerja.                   Contohnya, gunakan Sarung Tangan kulit untuk mengendalikan mesin dan bendakerja yang panas, tajam dan berduri.
  1. Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat.  Contohnya, gunakan pelindung mata dan penutup hidung bila mengendalikan mesin yang berhabuk dan debu yang merbahaya seperti habuk gergaji.
  2. Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja.
  3. Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan kedudukan pintu kecemasan yang ada di dalam tempat kerja
  4. Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada dalam keadaan yang baik dan lapurkan pada guru anda jika terdapat kerosakan.                                                                                    Perhatian  !     Mesin yang rosak adalah Tidak Selamat digunakan walaupun masih boleh berfungsi. Mesin moden berkomputer lebih terjamin kerana akan membatalkan segala fungsi apabila sensor merbahaya gagal dikesan.
  5. Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dan di minyakkan atau digriskan dengan teliti selepas digunakan demi menjaga kebersihan bengkel, mesin dan terpenting memanjangkan hayat mesin
  6. Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan lapurkan kepada Guru anda.     Jangan meneruskan atau mulakan kerja sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.
  7. Semua pelajar mestilah faham tentang langkah – langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan , kebakaran atau kecemasan.

2.  PENYEDIAAN BAHAN KERJA (PREPARE WORK MATERIAL)

Pelajar akan diterangkan bagaimana membuat pemotongan logam untuk menyediakan bahan kerja mengunakan peralatan.

2.1.  Cara-cara membuat pengukuran dengan peralatan dan dan alat penanda. (Type of measuring and marking tools and instrument)

Didalam industri teknologi tinggi pembuatan dan pengeluaran seperti hari ini, terdapat berbagai kaedah dan alat digunakan membuat pengukuran. Lazimnya pengukuran didalam bengkel boleh dibuat dengan mengunakan peralatan seperti dibawah ;

  1. 1.  Pembaris keluli.

Mengukur  jarak lurus atau saiz sesuatu bahan dengan ketepatan atau kejituan 0.5 mm .

Diperbuat daripada keluli tahan karat supaya keras, tahan lasak dan tiada masalah pengaratan.

Pengukuran boleh dibuat dalam 2 unit skill iaitu ‘Amperial’ dan ‘SI Metrik’.

Kebiasaanya pengukur keluli mempunyai panjang

  1. 150mm (6in)
  2. 1000mm (40in).

Pengukur keluli disenggat dengan pecahan

  1. Dalam SI Metrik -  0.5mm,1mm, 5mm, 10mm atau 1cm.
  2. Dalam amperial – 1/64in.,1/32in.,1/8in.,1/4in.,dan 1in.

Kegunaan dan kebaikan.

  1. Menyukat dengan cepat dan terus membaca ukuran sesuatu benda.
  2. Memindahkan ukuran dengan bantuan jangka.
  3. Digunakan dengan pengarit untuk membuat garisan pada bendakerja.

Keburukan.

  1. Tidak sesuai mengukur garispusat bulatan atau paip.
  2. Tidak sesuai mengukur garis dan permukaan melengkung.
  3. Tidak mencapai kejituan tinggi sehingga 0.05mm.

 

  1. 2.     Pengukur Pita Keluli.

Sama seperti pengukur keluli tetapi bolih dilentur dan dibuat dalam berbagai saiz yang lebih panjang. Tujuan utamanya ialah untuk mengukur panjang, tinngi dan lebar bagi ukuran lebih besar.

* Peringatan:

Alat pengukur ini hendaklah dijaga dengan sempurna, kerosakan tepi dan tanda pecah pada ukuran akan mengurangkan ketepatan ukuran. Jangan menggunakan pengukur keluli sebagai pengikis dan sapu minyak selepas diguna.

Kebaikan dan Keburukanya sama seperti Pembaris keluli tapi boleh mengukur garis dan permukaan melengkung.

  1. Angkup vernier (Vernier Caliper).

Kegunaan utama adalah untuk mengukur ;

  1. Diameter paip, selinder dan bebola.
  2. Ketebalan dan kedalaman permukaan.

Boleh digunakan dalam 2 keadaan untuk  mengukur diameter ;

  1. Angkup dalam untuk mengukur diameter dalam.
  2. Angkup luar untuk mengukur diameter luar.

Kejituannya adalah tinggi sehingga 0.05mm, 0.1mm dan 0.5mm.

 

  1. Mikrometer.
  • Pengukur yang menggunakan putaran bebenang skru halus. Kejituanya boleh mencapai 0.01 mm dan 0.05 mm. Mikrometer moden dibekalkan dengan sistem bacaan berdigital untuk membaca ukuran dengan cepat .

Kegunaan dan kebaikan.

  1. Senang untuk mengukur diameter dan ketebalan.
  2. Kejituan yang sangat tinggi.

Keburukan.

  1. Tidak boleh mengukur bendakerja besar melebihi 50mm.
  2. Tidak boleh mengukur permukaan yang lurus.
  1. Angkup.
  • Angkup digunakan untuk memindahkan ukuran daripada bendakerja kepada pengukur atau sebaliknya. Ada 2 jenis sendi pada angkup iaitu :
    1.  Angkup bersendi tepat:- digunakan untuk benda kerja yang besar.
    2.  Angkup bersendi spring:- digunakan untuk kerja yang halus.
  •  Ketepatan menggunakan angkup bolih dicapai jika mengikut kaedah yang betul seperti:
    1.  Angkup sentiasa dipegang berhampiran sendi dengan cara yang lembut.
    2.  Jangan mengukur bend kerja yang bergerak.

 

1.   Pengarit (scriber).

Ialah sejenis alat penanda kerja logam yang mempunyai mata yang keras serta tajam dan digunakan untuk mengaris garisan halus dan terang. Hujung yang bengkok digunakan untuk mengaris di tempat yang tak dapat digaris olih hujung yang lurus. Terdapat tiga jenis pengarit.

  1. Straight scriber.
  2. Bend or hood scriber.
  3. Pocket scriber.

2.   Penanda Pusat.

Ialah untuk menanda dan dijadikan panduan pusat semasa menjalankan perkerjaan mengerudi. Alat ini diperbuat daripada keluli yang keras, hujungnya (mata)  bersudut 60° – 90°. Badannya berbentuk bulat atau bersegi lapan.

2.4. Lukisan Kejuruteraan (Engineering drawing and blue print).

Sebelum membuat atau melaksana sesuatu projek, kita mesti merujuk kepada lukisan kejuruteraan kerana matlumat sesuatu kerja dipaparkan dan terkandung didalamnya. Perkataan ‘Blue Print’ adalah cetakkan salinan semula seperti mesin photostat kerana sebelum teknologi komputer lukisan kejuruteraan dibuat dengan pen. Kesemua garisan dan lukisan berwarna biru kerana mesin tersebut mengunakan cecair Amonai (NH3).

 

Teknik dan perkara PENTING yang perlu pelajar lakukan bila membaca lukisan kejuruteraan ;

    1. Buka dan hamparkan lukisan kejuruteraan sepenuhnya. Supaya tidak ada bahagian lukisan objek dan unjuran yang terlindung.
    2. Baca tajuk projek dan nama objek dengan baik.Pastikan tidak mengambil lukisan dan projek yang salah.
    3. Telitikan lukisan bentuk objek, material yang digunakan dan fahamkan setiap unjuran.
    4. Perhatikan skala, tentukan saiz sebenar objek dan setiap ukuran dimensinya. Dengan ini kita boleh merancang bahan mentah yang hendak digunakan dan mengelakan tersalah potong.
    5. Bayangkan objek yang hendak dihasilkan, rancang dan tandakan projek diatas bahan mentah sebelum dipotong.
    6. Matlumkan kepada pengajar bila bersedia melakukan proses pemotongan.

3. Membentuk bendakerja (Form work piece).

  • 3.1.      Teknik pemotongan berbagai proses mengikut kesesuaia                                
      • (Cutting techniques for various cutting processes).

Pemotongan mudah dan ringan.

  • Kategori bahan bersaiz dan diameter kecil, plate nipis dan lembut (mild steel).
    • Boleh mengunakan gergaji tangan,
    • Pengacip tangan.

Pemotongan lurus seragam dan panjang.

  • Kategori bahan jenis plate lebar, panjang, nipis dan lembut (mild steel).
    • Boleh mengunakan mesin shearing, Goilletine.

Pemotongan berat.

  • Kategori bahan jenis paip besar, panjang, tebal
    • Boleh mengunakan mesin gergaji kuasa.

3.2.    Peralatan perlindungan peribadi yang diperlukan (Personal protective equipment needed).

    • Sarung tangan kulit.
    • Pelindung mata (goggle).
    • Pakaian yang sesuai.
================================================================================

TAJUK : PERALATAN KUASA ( POWER TOOL ) : GERUDI.

TUJUAN: KERTAS PENERANGAN INI BERTUJUAN UNTUK MENERANGKAN PERALATAN GERUDI           

                YANG DIGUNAKAN DIDALAM BENGKEL KIMPALAN.

PENERANGAN:

Fungsi mesin gerudi ialah untuk memegang dan memutarkan mata gerudi untuk menggerudi lubang pada permukaan logam samaada bertujuan pemasangan skru atau asas permulaan pemotongan dibahagian tengah permukaan logam. Mesin gerudi dan mata gerudi mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung pada kegunaanya atau saiz lubang yang dibuat. Diantaranya ialah:

  1. gerudi tangan ( hand drill )
  2. gerudi elektrikal mudah alih ( portable electrical drill )
  3. “Handfeed drill press”
  4. “Back geared upright drill”
  5. “Gang drill”
  6. “Multiple spindle drill”
  7. “Radial drill press”

 

1.MESIN GERUDI MUDAH ALIH.

Ia mudah dibawa kemana sahaja. Gunanya ialah untuk mengerudi lubang yang   kecil dan  menggunakan kuasa elektrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih iaitu:­-

  1. Jenis Pistol.
    • Jenis  ini ringan dan bolih dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Ia sesuai digunakan untuk kerja ringan
  2.    Jenis Kerja Berat
    • Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua belah  tangan. Ia digunakan untuk kerja berat. Terdapat juga jenis gerudi yang dijalankan olih kuasa angin yang dinamakan mesin tangan ‘ Pneumatik’.

MESIN GERUDI TETAP.

Digunakan untuk mengerudi lubang yang lebih besar dan dalam dengan cepat dan tepat. Mesin ini mempunyai berapa kelajuan. Ada 3 jenis mesin gerudi ini iaitu

  1. Mesin Gerudi Tetap.

Jenis ini dipusing dengan sebuah motor dan menggunakan gerudi batang lurus dan tirus. Ia mempunyai kelajuan yang bolih diubah antara 500-3000 pusingan per minit (ppm). Saiz gerudi yang digunakan ialah antara 2mm- 23mm. Ia dipasang diatas meja

 

b.   Mesin Gerudi Lantai.

Strukturnya sama dengan mesin gerudi meja. Tetapi dipasang diatas lantai dan mempunyai tiang yang tinggi. Mesin ini mempunyai keupayaan mengerudi lubang berdiameter 50mm untuk keluli lembut yang lebih dalam. Ia menggunakan gerudi batang tirus.

 c.   Mesin Gerudi Jejarian.

Mesin ini digunakan untuk mengerudi bendakerja yang besar tanpa memindahkan atau mengerakkan bendakerja semasa mengerudi, hanya perlu mengerakkan kepala gerudi. Keupayaan mengerudi 75mm dengan menggunakan gerudi batang tirus. Ia mempunyai rasuk berbuai, boleh dinaik atau diturunkan dengan kendalian motor.

 

LAJU PUSINGAN KELAJUAN PUSINGAN MESIN GERUDI.

Laju pusingan mesti dikira jika tidak gerudi mungkin akan patah atau melambatkan pekerjaan. jika logam yang keras maka pusingan lambat, jika lembut pusingan bertambah laju dan cepat. Untuk gerudi bersaiz kecil laju pusingan gerudi yang cepat akan menghasilkan suapan yang kecil, jika bersaiz besar akan menghasilkan pusingan yang lambat dan suapna yang besar.

Cara mengira kelajuan pusingan mesin.

    1. Laju memotong (M / min)  =  D x ( pusingan / min)  ¸ 1000.
    2. Laju pusingan gerudi ( pusingan / min) = 1000 x laju memotong x D.   ( * D = diameter gerudi.)

MATA GERUDI.

Mata gerudi ialah alat untuk membuat lubang diatas permukaan logam, digunakan bersama mesin gerudi atau mesin pelarik. Gerudi diperbuat dari keluli tahan lasak dan tungsten karbida.

Jenis- jenis mata gerudi.

1. Mata Gerudi Pintal (Twist drill).

Digunakan untuk kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garispusatnya. Hujung matanya berbentuk dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan. terdapat juga untuk kerja khas iaitu:-

a. Mata gerudi pintal tiga atau empat lurah ( core drill).

Digunakan untuk meluaskan lubang yang telah tersedia ada. tidak bolih mengerudi logam yang padu. Lurah dan matnya bolih memotong dengan lebih banyak, menghasilkan permukaan lubang licin dan tepat.

b. Gerudi pintal lubang minyak (oil hole drill).

Jenis ini untuk mengerudi lubang yang lebih dalam. Lubang minyak terdapat sepanjang lilitan badan dan bahan pelicin akan mengalir keluar kemata pemotong  supaya tidak panas dan melicinkan permukaan mata pemotong.

c. Gerudi pintal pendek dan panjang.

Berukuran pendek dan kurang bergegar, olih itu  mudah untuk memusatkan  kerja. Gerudi pintal panjang berguna untuk mengerudi lubang yang dalam.  Kedua dua jenis biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

d. Gerudi pintal sudut heliks rendah dan tinggi.

Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliks sama ada lebih kecil atau lebih besar dari biasa. Sudut heliks biasa ialah 30°. sudut heliks tinggi bolih mengerudi logam tuangan dan logam liat, serta menghasilkan lubang yang dalam. Sudut heliks yang rendah pula sesuai untuk bahan plastik, fiber, asbestos dan logam tiruan yang lain.

2. Mata Gerudi Lurah lurus. ( straight – fluted drill )

Lurahnya selari dengan paksi. Digunakan untuk mengerudi bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan aluminium.

3. Mata Gerudi Rata.

Berbentuk ringkas, matanya ditempa. Sudut pemotong dicanai 90°, dan sudut kelegaan pula antara 5° hingga 12° bergantung kepada jenis logam hasil tidak baik kerana lubangnya kurang bulat, saiz tidak tepat dan tatr sukar dikeluarkan.

4. Mata Gerudi Benam.

Mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan berbentuk kon. Sudut mata 90° hingga 120°. Digunakan untuk membuat lubang skeru benam. Ia juga digunakan membersihkan bibir lubang.

5.  Mata Gerudi Pusat.

Mata gerudi terdapat dikedua hujungnya. Mempunyai sudut 60°. Ia bolih didapati berbagai saiz. Kegunaanya untuk kerja pemusatan samada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

6. Mata Gerudi Melubang Sengat.

Digunakan untuk lubang sengat rata bagi menempatkan kepala skeru allen, melincinkan permukaa dan untuk menyediakan tempat kedudukan nut, kepala pasak atau lengkangnya.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MATA GERUDI PINTAL.

BADAN

  • Terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada:.
1. Hujung mata
Bahagian hujung berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut 118°. Bibir pemotong membahagi dua sudut kandung dan masing-masing bersudut 59° dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garispusat gerudi.
2. Pusat mata.
Sama seperti mata pahat yang tajam yang terbentuk dari pertemuan bibir pemotong. Fungsinya untuk mencungkil dan memudahkan mata gerudi masuk kedalam.

3. Bibir pemotong.

Bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk pertemuan lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Dibuat sama panjang.

4.  Lurah.

Terdapat sepanjang bahagian badan. Fungsinya ialah.

  • Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk  kon.
  • Untuk membentuk lorong bagi tatar keluar.
  • Untuk membolihkan bendalir keluar sampai kehujung mata.

5.  Lengkung lurah.

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkung lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal dibahagian pengkal supaya gerudi lebih tegap.

6. Jidar.

Merupakan tebing sempit yang menonjol sepanjang lurah. Gunanya memberi ketelusan kepada badan semasa mengerudi, dapat mengurangkan geseran dan kepanasan dan kerana kepanasan akan hilang kekuatan.

 

BATANG.

Bahagian yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi. Bolih dibahagi kepada dua jenis iaitu;-

  • Batang lurus : Khusus untuk bersaiz kecil atau kurang dari 13mm. Biasanya  dpegang dalam cuk gerudi.
  • Batang tirus: Untuk bersaiz besar, bolih menetap kedudukannya sendiri. Ia dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi. batang derudi dan spindal mempunyai tirusan morse.

Sebab-sebab mata gerudi rosak.

  • Tekanan terlalu kuat, pusingan kelajuan tidak seimbang dengan saiz batang gerudi dan kekerasan bahan yang digerudi.
  • Tidak mengunakan penyejuk, terdapat geseran dan benda kerja terlalu panas.

 

Sebab lubang menjadi besar semasa mengerudi.

  • Sudut mata memotong tidak sama besar.
  • Paksi tidak tepat.
  • Sudut mata memotong dengan paksi tidak sama.

Mengasah mata gerudi.

Semasa mengasah mata, mestilah selalu diuji sudut memotong. semasa mengasah bahan penyejuk perlu digunakan. Kesalahan mengasah bolih menyebabkan:

  • Mata pemotong tidak sama panjang.
  • Mata gerudi lari daripada paksinya.

SAIZ MATA GERUDI

Saiz gerudi yang kecil biasanya dibeli secara set. Saiz gerudi dikenalpasti dengan ukuran diameter, mungkin “ number gage”, “ letter “ dan “ saiz pecahan ( “fractional” ).

“ Number Gage ”

Nombor mata gerudi di buat dalam saiz No. 80 hingga 1 ( 0.0135 “ dan 0.228 “  diameters ).Nombor gage yang besar adalah saiz geraudi yang kecil.

Gerudi “ Letter “

Gerudi “ letter “ dilabelkan dari A ke Z  ( 0.234” hingga 0.413” garispusat ). Gerudi ‘ letter “   bermula dimana nombor gerudi berakhir.

Pecahan ( fraction) :
Gerudi Pecahan ( fraction drill ) bergarispusat dari 1 / 64” hingga 4” atau lebih besar. Saizmeningkat dengan 64 per inci bagi saiz yang lebih kecil dan dengan 32 dan 16 per inci bagisaiz yang lebih besar. Gerudi numbor dan ‘letter” adalah antara gerudi pecahan.Sekiranya saizgerudi tertentu diperlukan dan tidak terdapat dipasaran, kadang kala saiz gerudi yang lebih kecil dan besar boleh digunakan

MENGIKAT MATA GERUDI PADA MESIN.

Gerudi batang lurus ( straight shank drill ) mestilah diikat denganh menggunakan “ drill chuck ‘. Peralatan ini yang dipasangkan dengan “ morse taper shank “ dikenali sebagai “ arbor , yang dipasangkan pada “ drill press spindle “. “ Drill chuck “ biasanya mempinyai tiga ( 3 ) rahang ( 3 jaws ). Ianya akan memegang mata gerudi antara rahangnya ( jaw ) dan dilaras dengan memusingkan bahagian luar dengan menggunakan “ chuck key”

KELAJUAN MENGGERUDI

Kelajuan menggerudi boleh ditaksirkan sebagai jarak pergerakan sesuatu mata gerudi alam masa satu minit sekiranya mata gerudi dibaringkan dan di gollekkan. Oleh itu, mata gerudi 1”, berpusing 100 kali dalam masa 1 minit, akan berputar pada kelajuan 26.18 kaki seminit.Kelajuan dimana mata gerudi tersebut boleh diputarkan bergantung kepada :

  1. garispusat mata gerudi
  2. adakah ianya diperbuat daripada keluli lembut ( carbon steel ) atau “ high speed steel”
  3. kekerasan bahan yang hendak digerudi.

Lebih kecil saiz garispusat mata gerudi, maka lebih besarlah kelajuannya, lebih besar saiz garispusat sesuatu mata gerudi maka lebih perlahanlah kelajuannya.Kelajuan yang terlalu perlahan untuk menggerudi lubang yang kecil boleh menyebabkan hakisan ( wear ) yang berlebihan pada mata gerudi kerana ianya sekadar bergesel bukannya memotong.Jadual dibawah menunjukkan bahawa mata gerudi “ high speed “ boleh mencapai kelajuan dua kali ganda jika dibandingkan dengan mata gerudi “ carbon steel “. Jadual juga menunjukkan kelajuan untiuk menggerudi bahan yang berbeza. Gunakan kelajuan yang perlahan untuk menggerudi bahan yang keras ( hard metal ) dan kelajuan yang tinggi untuk menggerudi bahan yang lembut ( soft ). Sekiranya bucu pemotongan terhakis dengan cepat, kelajuan memotong hendaklah dikurangkan. Kelajuan menggerudi boleh dinaikkan sehingga ianya menunjukkan tanda – tanda berlakunya hakisan, kemudian kelajuannya bolehlah dikurangkan sedikit dan meneruskan proses menggerudi.

Kelajuan tidak semestinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebenarnya tidaklah semestinya mengikuti peraturan atau ketetapan yang telah disediakan. Pengalaman dapat membantu menentukan kelajuan sesuatu mata gerudi yang digunakan untuk menggerudi sesuatu bahan logam. Logam lembut ( soft metal ) seperti tembaga ( brass ) dan aluminium boleh digerudi lebih laju jika dibandingkan dengan menggerudi logam keras ( hard metals ).

 FAKTOR KESELAMATAN YANG MESTI DIAMBILKIRA KETIKA MENGGERUDI.

  1. Mata gerudi mestilah lebih keras dari logam yang hendak digerudi.
  2. Untuk menggerudi lubang yang bersaiz besar, lubang bersaiz yang kecil hendaklah digerudi terlebih dahulu.
  3. Mata gerudi hendaklah diikat kuat pada “ drill chuck”
  4. Bendakerja hendaklah diikat kuat pada ragum. ( perlbagai kaedah mengikat bagi perlbagai rupabentuk bendakerja )

KAEDAH UNTUK MEMEGANG BENDAKERJA UNTUK MENGGERUDI

Memasang, melaras dan mengikat bendakerja pada mesin gerudi untuk menggerudi lubang dikenali sebagai “ setting up “Untuk mengelak bendakerja berputar bersama mata gerudi, pastikan bendakerja diikat dengan kuat pada mesin ( ragum mesin ). Sekiranya bendakerja itu berputar ketika proses menggerudi dijalankan kemungkinan mata gerudi akan bengkok dan patah, bendakerja akan tercampak dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada operator dan mesin.

Terdapat enam ( 6 ) jenis pengikat ( strap clamps ) iaitu :

  1. plain clamp atau strap
  2. U clamp
  3. Goose neck clamp
  4. Screw heel clamp
  5. Finger clamp
  6. Double finger clamp

Kesemua clamp ini digunakan untuk mengikat bendakerja.U clamp boleh dialihkan tanpa mengalih / menanggalkan nat dari bolt. Goose neck clamp boleh digunakan dengan bolt yang lebih pendek dari clamp yang lain.Kadang kala bendakerja terlalu tinggi untuk di ikat secara biasa. Sekita ini berlaku, satu atau lebih lubang akan digerudi di bahagian tepi bendakerja dan “ finger clamp “ akan digunakan pada lubang ini untuk mengikat bendakerja pada meja kerja. Lain – lain alatan yang biasa digunakan adalah :

a. T – slot bolts :

selalunya digunakan dengan “ strap clamp”. Ia juga boleh digunakan untuk mengikat ragum mesin gerudi ( drill vise) kepada meja mesin gerudi. Kepala bolt dibuat supayta muat memasuki T – slot pada meja tersebut.

b. C – clamp :

yang berbentuk huruf C diukur dengan jarak yang paling besar ianya boleh dibuka deantara rahang dan hujung skru. Terdapat dalam pelbagai saiz dan amat berguna apabila mengikat ( clamping ) bendakerja pada meja kerja mesin gerudi.

 

c. “ Parallel Clamp “ :

juga di panggil “ toolmaker’s clam p atau machinist clamp “ boleh digunakan untuk mengikat bendakerja pada mesin gerudi.

d. “ Jackscrew “ :

atau “ planer jack “ dengan ketinggian dari 2 insi keatas. Ia boleh digunakan untuk meratakan atau menyokong bendakerja yang berlainan bentuknya.

e. “ Step block “ :

digunakan untuk menyokong dan menghalang satu hujung “ strap clamp “. Ini akan meratakan pengikat supaya kedua – dua hujung berada pada ketinggian yang sama daripada meja.

f. “ Parallel “ :

adalah helaian ( strip ) besi tuangan atau keluli dengan parallel yang bertentangan bahagian ( opposite side parallel ). Ianya dating berpasangan dan sama saiz. “ Parallel “ digunakan untuk meratakan bendakerja. “ Parallel “ ditempatkan di bahagian bawah hujung sesuatu bendakerja.

g. Ragum gerudi ( drill vise ) :

ragum gerudi di pasangkan / diikat pada meja kerja mesin dan bendakerja akan diikat pada ragum gerudi ini.

h. Blok V ( V – blocks ) :

mendapat nama daripa bentuknya ; V. Sudut V selalunya 90°. Blok V digunakan untuk memegang bendakerja bulat / silinder. Hendaklah diperolehi berpasangan supaya boleh ditempatkan di kedua – dua hujung bendakerja yang panjang.

 

i. Plat bersudut ( angle plate ) :

bendakerja adakalanya diikat pada plat bersudut atau dikenali sebagai “ toolmaker’s knee “ dimana ianya diikat pada meja kerja mesin.

MEMEGANG BENDAKERJA RATA

Bendakerja yang rata, seperti plat, boelh diikat pada meja kerja mesin seperti gambarajah. Penggunaan “C – clamp” hendaklah diikat dibahagian kiri meja kerja mesin dan badan clamp hendaklah berada bahagian dibelakang bendakerja. Mata gerudi boleh dielakkan dari menggerudi meja kerja mesin dengan menempatkan sekeping papan di bahagian bawah bendakerja. Ada bendakerja yang rata boleh diikat dengan menggunakan ragum gerudi.

MEMEGANG BENDAKERJA BULAT / SILINDER

Bendakerja yang berbentuk bulat / silinder seperti rod boleh di ikat dengan menggunakan blok V ( V blocks )

MEMEGANG BENDAKERJA  YANG BERBENTUK PELIK ( ODD-SHAPED WORK )

Alat memegang khas diperlukan untukmmemegang atau mengikat bendakerja yang berbentuk pelik ( odd shaped ). Ada bendakerja boleh diikat dengan menggunakan plat bersudut ( angle plate ), “ U – clamps “ dan “ adjustable bolts “

====================================================================================

TAJUK : MENGELUARKAN “ STUD “ DAN “ TAP “ YANG PATAH

TUJUAN:

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN “ STUD “ DAN “ TAP “ YANG PATAH DENGAN BETUL SUPAYA MENDAPAT HASIL KERJA YANG SEMPURNA.

PENERANGAN:

MENGELUARKAN PEMBENANG DALAM DAN STUD.

Mengeluarkan “ stud “ atau “ tap “ yang patah memerlukan pengetahuan dan kemahiran dari segi pemilihan dan peralatan yang diperlukan dan tatacara operasi yang teratur dan selamat. Pelajar mesti berhati – hati ketika melakukan operasi ini agar ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama and kemungkinan akan merosakkan lagi bendakerja serta untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan.

 Kaedah yang biasa digunakan untuk mengeluarkan  “ stud “ atau “ tap “ yang patah adalah seperti berikut :

  1. dengan menggunakan  penebuk pusat ( center punch )
  2. dengan menggunakan pencabut “ stud ‘ dan “ tap “ – bebenang dalam ( ectractor broken tap )
  3. dengan menggunakan pengali kidal ( easy cut )

KAEDAH 1 : Menggunakan Penebuk Pusat ( Center Punch )

Bagi kaedah ini, penanda pusat atau penebuk pusat ( center punch ) ayai penebuk tanda ( prick punch ). Dua batang penebuk digunakan bagi operasi ini. Penebuk pusat di letakkan dibahagian tepi atas sesuatu bebenang dan di ketuk pada arah pusingan untuk membuka “ tap “ tersebut. Untuk memudah dan mempercepakan operasi, ianya boleh dilakukan oleh dua orang dengan mengetuk pada dua kedudukan yang bertentangan tetapi arah pusingan yang sama.

 

KAEDAH 2 : Menggunakan pencabut “ stud ‘ dan “ tap “ – bebenang dalam ( ectractor broken tap )

Kaedah ini agak mudah kerana menggunakan alat khas untuk mengeluarkan “ tap “. Alat ini boleh dibuat sendiri dengan menajamkam rod. Ia mempunyai tiga atau empat pin yang digunakan dengan mengikut bikangan lurah yang terdapat pada “ tap “ tersebut. Pin dimasukkan dicelahan lurah “ tap “ dan kemudian dipusingkan kearah pusingan keluar sesuatu “ tap “ tersebut.

KAEDAH 2 : Menggunakan pengali kidal ( ezy out )

Pengali kidal mempunyai empat  jari. Jari – jari ini boleh dijalurkan ke dalam lubang / lurah untuk mengeluarkan “ tap “ yang patah dan tertinggal di dalam lubang. Alat ini digunakan bersama – sama dengan perengkoh. Cara menggunakan pengali kidal :

  1. Jalurkan jari – jari kidal dan laraskan supaya berada dalam kedudukan yang stabil dan selamat.
  2. Tolakkan relang supaya ianya terletak di atas permukaan lubang. Tujuannya adalah untuk menyokong jari – jari.
  3. Putarkan perengkoh kearah melawan arah pusingan jam dengan perlahan. Kemudian apabila serpihan ini mula bergerak, putarkan ia kehadapan dan kebelakang berulang kali. Peringatan, jangan mengasak untuk mengelak jari – jari daripada patah.

“ Tap Extractor “

Sekiranya tap yang patah itu tidak mempunyai tempat untuk dipegang dengan playar, maka “ tap extractor “ boleh digunakan. “ Tap Extractor “ ini dipegang dengan spanar. Bahagian hujung keluli dimasukkan delalam “ tap “ yang patah melalui lurah yang ada sedalam yang mungkin dan dipegang tetap. “ Extractor “ ini hendaklah diputar dengan berhati – hati agar tidak patah

 
====================================================================================

TAJUK : PERALATAN TANGAN : KIKIR

TUJUAN: KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN BAHAGIAN KIKIR, JENIS KIKIR DAN PENGGUNAAN KIKIR YANG BETUL SUPAYA MENDAPAT HASIL KERJA YANG SEMPURNA.

 PENERANGAN:

Kikir adalah kepingan keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dengan melalui proses sepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dekeraskan pada suhu 800º C dan kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kikir digunakan untuk melakukan kerja-kerja menipiskan, melicinkan atau memotong bendakerja, membersih permukaan logam dan membuat pembetukan pada logam.  Ia hampir boleh memotong semua jenis logam kecuali  logam yang dikeraskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>